Monday, 2 December 2013

Merancang perjalanan





So now i have to plan my journey. Prior to purchasing the flight ticket, aku mesti terlebih dahulu pilih masa yang tepat dan tempoh yang sesuai untuk pemergian ku. Kalau umrah travel biasanya dalam lingkungan 9 hingga 12 malam, aku rancang untuk 7 malam sahaja iaitu genap satu minggu. Niatku bukan untuk melancong seperti biasa tapi semata-mata untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Masa yang aku pilih pula dalam musim umrah yang tidak terlalu panas iaitu dalam bulan April. Cuaca di Mekah mencapai suhu paling panas di sekitar bulan Jun.

Kebiasaan bagi umrah, rombongan akan melawat Mekah dan juga Madinah. Sehubungan itu dari Airport Jeddah, rombongan boleh ke Mekah terlebih dahulu, kemudian baru ke Madinah. Satu lagi pilihan adalah dari Airport Jeddah terus ke Madinah terlebih dahulu, kemudian baru ke Mekah. Kedua-dua pilihan ada pro and cons. Untuk makluman, Madinah adalah agak jauh iaitu 4 5 jam perjalanan dari Jeddah berbanding Mekah yang lingkungan 1 jam sahaja dari Jeddah. 

Bagi yang memilih untuk ke Mekah dahulu, perlu memakai ihram dari Malaysia atau selewatnya semasa dalam penerbangan kerana perlu berniat / miqat lebihkurang sejam sebelum penerbangan mendarat dari Malaysia. Bagi traveller yang backpack, ini adalah agak leceh sedikit dan mungkin kurang selesa kerana perlu pakai ihram bagi tempoh yang panjang. (penerbangan lingkungan 10 jam)

Aku memilih untuk ke Madinah terlebih dahulu, jadi boleh berpakaian bebas seperti biasa sahaja seperti mengadakan ziarah atau lawatan. Berbanding dengan cara biasa dengan menaiki bas 4 5 jam ke Madinah, aku telah menempah penerbangan Saudi Air dari Jeddah ke Madinah. Dari Airport Jeddah bercadang naik teksi untuk ke hotel atau Masjid Nabawi. Kos penerbangan adalah cuma SR140 sahaja (+-RM115), sesuai bagi solo traveller seperti aku. Kalau ahli rombongan 3 orang atau lebih, mungkin lebih sesuai dan ekonomik kalau sewa teksi. 

Bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah pula, aku bercadang untuk menggunakan khidmat Bas Ekspres yang ternama di sana iaitu SAPTCO. Dan yang akhirnya untuk perjalanan pulang dari Mekah ke Airport Jeddah dengan menaiki teksi.

Kita hanya mampu merancang dan berdoa agar perancangan kita dipermudahkan Allah, tetapi Dia lah yang Maha Merancang lagi Maha Mengetahui...

Allah Ya Rabbal ‘Alamin..

2 comments:

  1. assalamualaikum. jadi ka tak umrah backpack. blog tak ada maklumat

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum. jadi ka tak umrah backpack. blog tak ada maklumat

    ReplyDelete