So
now i have to plan my journey. Prior to purchasing the flight ticket,
aku mesti terlebih dahulu pilih masa yang tepat dan tempoh yang sesuai untuk
pemergian ku. Kalau umrah travel biasanya dalam lingkungan 9 hingga 12 malam,
aku rancang untuk 7 malam sahaja iaitu genap satu minggu. Niatku bukan untuk
melancong seperti biasa tapi semata-mata untuk mendekatkan diri pada yang Maha
Esa. Masa yang aku pilih pula dalam musim umrah yang tidak terlalu panas iaitu
dalam bulan April. Cuaca di Mekah mencapai suhu paling panas di sekitar bulan
Jun.
Kebiasaan bagi umrah, rombongan akan melawat Mekah dan
juga Madinah. Sehubungan itu dari Airport Jeddah, rombongan boleh ke Mekah
terlebih dahulu, kemudian baru ke Madinah. Satu lagi pilihan adalah dari
Airport Jeddah terus ke Madinah terlebih dahulu, kemudian baru ke Mekah.
Kedua-dua pilihan ada pro and cons. Untuk makluman, Madinah adalah agak jauh
iaitu 4 5 jam perjalanan dari Jeddah berbanding Mekah yang lingkungan 1 jam
sahaja dari Jeddah.
Bagi yang memilih untuk ke Mekah dahulu, perlu memakai
ihram dari Malaysia atau selewatnya semasa dalam penerbangan kerana perlu
berniat / miqat lebihkurang sejam sebelum penerbangan mendarat dari Malaysia.
Bagi traveller yang backpack, ini
adalah agak leceh sedikit dan mungkin kurang selesa kerana perlu pakai ihram
bagi tempoh yang panjang. (penerbangan lingkungan 10 jam)
Aku memilih untuk ke Madinah terlebih dahulu, jadi boleh
berpakaian bebas seperti biasa sahaja seperti mengadakan ziarah atau lawatan.
Berbanding dengan cara biasa dengan menaiki bas 4 5 jam ke Madinah, aku telah
menempah penerbangan Saudi Air dari Jeddah ke Madinah. Dari Airport Jeddah
bercadang naik teksi untuk ke hotel atau Masjid Nabawi. Kos penerbangan adalah
cuma SR140 sahaja (+-RM115), sesuai bagi solo traveller seperti aku. Kalau ahli
rombongan 3 orang atau lebih, mungkin lebih sesuai dan ekonomik kalau sewa
teksi.
Bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah pula, aku bercadang
untuk menggunakan khidmat Bas Ekspres yang ternama di sana iaitu SAPTCO. Dan
yang akhirnya untuk perjalanan pulang dari Mekah ke Airport Jeddah dengan
menaiki teksi.
Kita hanya mampu merancang dan berdoa agar perancangan
kita dipermudahkan Allah, tetapi Dia lah yang Maha Merancang lagi Maha
Mengetahui...
Allah Ya Rabbal ‘Alamin..


