Monday, 2 December 2013

Merancang perjalanan





So now i have to plan my journey. Prior to purchasing the flight ticket, aku mesti terlebih dahulu pilih masa yang tepat dan tempoh yang sesuai untuk pemergian ku. Kalau umrah travel biasanya dalam lingkungan 9 hingga 12 malam, aku rancang untuk 7 malam sahaja iaitu genap satu minggu. Niatku bukan untuk melancong seperti biasa tapi semata-mata untuk mendekatkan diri pada yang Maha Esa. Masa yang aku pilih pula dalam musim umrah yang tidak terlalu panas iaitu dalam bulan April. Cuaca di Mekah mencapai suhu paling panas di sekitar bulan Jun.

Kebiasaan bagi umrah, rombongan akan melawat Mekah dan juga Madinah. Sehubungan itu dari Airport Jeddah, rombongan boleh ke Mekah terlebih dahulu, kemudian baru ke Madinah. Satu lagi pilihan adalah dari Airport Jeddah terus ke Madinah terlebih dahulu, kemudian baru ke Mekah. Kedua-dua pilihan ada pro and cons. Untuk makluman, Madinah adalah agak jauh iaitu 4 5 jam perjalanan dari Jeddah berbanding Mekah yang lingkungan 1 jam sahaja dari Jeddah. 

Bagi yang memilih untuk ke Mekah dahulu, perlu memakai ihram dari Malaysia atau selewatnya semasa dalam penerbangan kerana perlu berniat / miqat lebihkurang sejam sebelum penerbangan mendarat dari Malaysia. Bagi traveller yang backpack, ini adalah agak leceh sedikit dan mungkin kurang selesa kerana perlu pakai ihram bagi tempoh yang panjang. (penerbangan lingkungan 10 jam)

Aku memilih untuk ke Madinah terlebih dahulu, jadi boleh berpakaian bebas seperti biasa sahaja seperti mengadakan ziarah atau lawatan. Berbanding dengan cara biasa dengan menaiki bas 4 5 jam ke Madinah, aku telah menempah penerbangan Saudi Air dari Jeddah ke Madinah. Dari Airport Jeddah bercadang naik teksi untuk ke hotel atau Masjid Nabawi. Kos penerbangan adalah cuma SR140 sahaja (+-RM115), sesuai bagi solo traveller seperti aku. Kalau ahli rombongan 3 orang atau lebih, mungkin lebih sesuai dan ekonomik kalau sewa teksi. 

Bagi perjalanan dari Madinah ke Mekah pula, aku bercadang untuk menggunakan khidmat Bas Ekspres yang ternama di sana iaitu SAPTCO. Dan yang akhirnya untuk perjalanan pulang dari Mekah ke Airport Jeddah dengan menaiki teksi.

Kita hanya mampu merancang dan berdoa agar perancangan kita dipermudahkan Allah, tetapi Dia lah yang Maha Merancang lagi Maha Mengetahui...

Allah Ya Rabbal ‘Alamin..

Friday, 31 May 2013

Semuanya bermula di sini..


Sejak dari kecil, gambar Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Kaabah sering menarik perhatian ku. Meningkat dewasa, aku menyimpan cita-cita untuk menziarahi dan mengerjakan umrah di tanah suci. Namun, urusan dunia, kewangan dan keluarga telah menjadi alasan bagi ku untuk pergi ke sana..

 

Kemudian, pada satu hari aku terbaca di dada akhbar satu iklan oleh Airasia mengenai penerbangan yang baru dilancarkan ke Jeddah, aku teruja dan terus menyemak harga tiket. Harga bersih tiket penerbangan pergi balik KL-Jeddah yang termurah adalah RM870 sahaja, terlalu murah dibandingkan dengan harga pakej umrah semasa dalam lingkungan RM5000 ke atas.

 

Terus aku memasang niat untuk membeli tiket untuk pergi mengerjakan umrah. Aku menyuarakan niatku pada isteriku dan dia menyokong penuh. Namun, aku bercadang pergi tanpanya kerana anak yang masih kecil dan khuatir kalau dia tidak dapat menahan dugaan dan rintangan dalam perjalanan kerana niatku untuk umrah secara backpack ini.

Aku tangguhkan dulu pembelian tiket penerbangan kerana cuba mencari rakan lelaki untuk join hasrat umrah backpack ku ini. Dalam tempoh 2 hari, kurang respon yang berminat dengan cadangan kembara tanpa kepastian, tanpa mutawif ini. Lebih banyak yang mempersoalkan dari yang berminat. Selepas 2 hari Airasia buka offer penerbangan ke Jeddah ni, aku semak balik harga dah naik +RM200. Damn, kalau aku tunggu lagi mungkin harga tiket akan naik beribu lagi dan pasti hasrat murniku ini akan terbantut.

Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus booking flight untuk penerbangan 2 bulan akan datang for solo travel. There it is.. the flight part is done. Time for me to prepare mentally, physically and emotionally for umrah..

Seperti biasa, aku akan book flight sahaja terlebih dahulu. Lain-lain seperti meals, baggage and seats (kalau perlu) aku akan booking at the very last minute melalui online. Ini kerana kalau la ter tak boleh pergi pun, boleh lah minimize the damages @kerugian. (pasal dah pernah jadi sebelum ni)


H&N
Mei 2013